Wednesday, September 10, 2008

Hukum Menternak Cacing - Majlis Fatwa Kebangsaan

SUMBER: BERITA HARIAN (17/Julai/2008.)
Penternakan haiwan eksotik seperti lintah dibenarkan: Majlis Fatwa



NILAI: Kegiatan penternakan haiwan eksotik seperti lintah dan cacing yang semakin mendapat sambutan ramai dibenarkan mengikut syarak, kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar haiwan bagi menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.
“Selepas diteliti, jelas sekali perniagaan dan kegiatan penternakan haiwan seperti lintah dan cacing ini dibolehkan. lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik. “Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasrat mereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan, malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidak timbul sebarang masalah,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, baru-baru ini.
Selain menghasilkan baja kompos, cacing mempunyai protein yang boleh digunakan dalam perubatan dan kosmetik. Wujud 1,800 spesies cacing, tetapi lima yang mudah ditemui adalah cacing merah (red worm); cacing harimau (tiger worm); cacing biru (blue worm) dan cacing malam (African night crawler). Harganya mampu cecah RM600 sekilogram selepas tempoh matang empat bulan. Bagi lintah pula, ia makin popular digunakan sebagai bahan asal produk untuk kesihatan lelaki, wanita, kosmetik, pertanian dan ekstrak. Di Eropah, lintah digunakan untuk menghisap darah toksik seperti berbekam untuk menyedut darah kotor. Di Jepun teknik ini dipanggil Hirudo.

Air liur lintah mengandungi bahan bius, antipembekuan darah dan antibiotik. Lintah juga mempunyai bakteria yang dinamakan aeromonan hydrophila untuk mencerna darah dan menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang menyebabkan pembekuan. Rawatan lintah boleh menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari, kesan antiinflamasi yang cepat dan melegakan tekanan.

Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa mula menjalankan kajian selepas ramai umat Islam mengemukakan soalan berhubung perkara itu berikutan pasaran dan kegiatan pemeliharaan dan perniagaan haiwan eksotik itu semakin berkembang kebelakangan ini.
“Majlis Fatwa berpendapat, dalam sesetengah perkara perlu bersikap positif kerana jika memandang serong kegiatan seumpama ini, umat Islam juga akhirnya akan rugi,” katanya.

Update: 11 september 2008

Salam...

Telah lama rasanya tak buat catatan kat sini... Minggu lepas saya dah amik langkah pertama untuk mengetahui tentang cacing nie...

Nu..jauh ke yan besar saya pergi untuk mendapat khidmat perundingan percuma dan turut telah membeli cacing. Huh...memang murah beli kat dia...cuma RM170/kg. Sebab masih awal, saya cuma beli sekilo jer dulu sebab nak blajar. Saya beli gak medium skali sebab mudah. Dari penerangan yang diberikan, rasanya stakat nie lebih mudah beli, sebab penyediaan medium nie makan masa.

saya ada amik beberapa gambar...tapi lum tarik turun dari kamera saya tuh...nanti saya akan muatkan kat sini....

Kalau ada sesaper yang berminat nak beli kat dia...leh tanya saya...

saya bagi no kontek dia nanti...lupa plak...nak kena carik dulu...

sekian, wassalam.

Tuesday, August 19, 2008

lagi maklumat pasal kursus cacing

huh..aku pun tak tau yg kat BM pun ada penganjur kursus cacing:

Kursus Penternakan Cacing Secara Komersial

--------------------------------------------------------------------------------

First Brick (M) Sdn. Bhd,
46,Lorong Impian Ria 2,
Taman Impian Ria,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.


04-5887807(Office/Fax)
012-5227186(Ahmad)

tarikh kursus kena check dengan penganjur nie la...

sebab tarikh yang diiklankan dah lepas..so saya tak keluarkan kat sini la...

Kursus Penternakan Cacing

Kursus Penternakan Cacing
Kursus anjuran Seven Layer Training & Consultancy Sdn. Bhd. akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 23hb Ogos 2008 (Sabtu)
Masa : 9.00 pg - 4.30 ptg
Tempat: Kulim Inn, Kulim, Kedah
Yuran Pendaftaran : RM250 seorang
Makan,minum dan sijil disediakan

Dapatkan juga DVD Ternakan Cacing terkini pada harga istimewa.

Sebarang kemusykilan, sila hubungi Cik Wani di talian 03-6185 8260 @ 013-6657841 @ emel: wani@sevenlayergroup.com.

Daftar secepat mungkin..hanya ada beberapa lagi kekosongan tempat.

Terima kasih.

Ternakan Cacing Tanah

Ternakan Cacing Tanah
Ternakan cacing kompos

Utk makluman Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida) adalah salah-satu species cacing yg tergolong didlm kumpulan cacing kompos / pengomposan. Selain itu beberapa spesies yg sesuai digunapakai utk industri Vermikultur / Vermikompos dlm keadaan negara Malaysia termasuk:

1. Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).
2. African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.
4. Pheretima Elongata.
5. Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).

Setiap satu spesies di atas ada kebaikan / kelemahan yg perlu diambilkira bergantung atas objektif sebenar masing2.

Contoh Bekas untuk menternak cacing kompos adalah 15 kakiX 60 kaki untuk skala besar.
Makanan bagi cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik i.e. sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri dll asalkan ianya organik boleh diguna-pakai & dimanfaatkan sebagai bahan makanan dlm sistem Vermicomposting. TETAPI, setiap satu perlu diSTABILKAN.
Sisa makanan TIDAK SEMESTINYA membiakkan ulat. Kalau lalat mula bertelor & membiak bermakna sistem sdr:

1. Terlalu basah.
2. Berbau busuk.
3. Masam / Acidic pH rendah dll.

Kalau media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakan bakteria penghurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kpd sisa buangan tsb. Bau busuk itu adalah ammonia yg dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.
Cadangan cara mengatasinya:
1. Kawal kelembapan media - kalau terlalu basah, taburkan & gaul “bulking agent” spt kertas carik (shredded paper), habuk sabut kelapa (cocopeat) dsb utk menyerap kelembapan.
2. Sistem perlu ditutup dengan jaring halus utk mengelakkan lalat & perosak2 lain.
3. Makanan diletakkan cuma di permukaan shj utk mengelakkan fermentasi. Jangan dibenamkan dlm media.
4. Jgn beri makan terlalu berlebihan (overload). Jumlah makanan seharusnya seimbang dgn jumlah cacing.

Walaubagaimanapun, cara utk skala kecil2an dan skala besar agak berbeza bergantung kpd keadaan setempat.
Dari dlm rumah (sisa dapur):
1. Lebihan sayur dedaun & kulit buah2an (di bilas dulu - elakkan sisa bahan kimia. elakkan kulit limau)
2. Lebihan Nasi (di bilas dulu - jgn bercampur minyak / kari / sambal dll)
3. Hampas teh & kopi. Ni favourite dia (di bilas gulanya dulu - elakkan semut)
4. Kulit telur yg di hancur halus.
5. Lebihan roti walaupun dah berkulat, pizza dll (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
6. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.
7. Kertas bungkusan (jgn berminyak)

Dari luar rumah (sisa laman):
1. Dedaun & rumput kering (kalu boleh dicarik dulu. Lebih kecil lebih baik)
2. Dedaun & rumput hijau (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
3. Buah2an yg luruh & rosak.

Dari pejabat:
1. Kertas yg dicarik (elakkan yg berwarna & dicetak dgn “inkjet”)
2. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.

Dari persekitaran berdekatan kita (sambil2 kita berulang-alik):
1. Hampas tebu, pisang dll dari warung2 (di bilas gulanya dulu - elakkan semut & getah).
2. Sisa sayur2an, buah2an dll dari pasar, kedai runcit dll.
3. Kalu di utara mungkin mudah mendapatkan Jerami padi dll.

Kalu boleh bahan2 ini dikumpul setempat dan dikomposkan sedikit agar ia “menapai” dulu dan tidak panas bila diberi makan ke cacing.
HARAP MAKLUM: Yg sy terangkan di sini cuma sesuai digunapakai utk SKALA KECIL ya. Jika SKALA MENENGAH ATAU BESAR caranya agak berlainan.

Sumber: bicarajutawan.com

Vermikompos ( baja organik cacing)

Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.
fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan3 kg baja kimia.

Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.

Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan.Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

Vermikompos

#Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.
Aplikasi vermikompos dalam tanaman:# utk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)# utk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)

Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:# kurang pembajakan antara musim# kurang masalah perosak# pertambahan pengeluaran hasil# mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)# penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila tmutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memuhikan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.
Harga pukal baja vermikompos RM2.50/kg
sumber:
Eudrillus (bicarajutawan)

sumber: usahawantani.com

Saturday, June 14, 2008

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Salam...

Bidang pertanian menjanjikan hasil yang lumayan. Jika kita melakukan dengan betul serta disusuli dengan kaedah pemasaran yang betul pertanian akan memberikan balasan yang berlipat kali ganda. Namun begitu, disebalik keghairahan masyarakat untuk menceburi bidang pertanian, beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. Modal: Bidang pertanian memerlukan modal yang tinggi terutamanya kita mahu mengusahakan secara skala besar. Oleh yang demikian, perancangan yang teliti diperlukan bagi memastikan kelancaran projek serta untuk mengelakkan kerugian.

2. Pengetahuan: Pengetahuan yang spesifik perlu ditimba bagi memastikan projek yang diusahakan berjaya. Oleh yang demikian, jangan takut untuk melabur wang bagi mendapatkan ilmu yang sangat berharga itu. Tiada sesiapa yang sanggup memberikan pengetahuan secara percuma...kecuali kerajaan. Selain iu, rajin-rajin lah cari ilmu dalam web.

3. Pengalaman: Belajar dari pengalaman pihak2 yang terlebih dahulu mengusahakan projek tersebut. Selain daripada itu, kita juga boleh memperolehi pengalaman dengan menyertai kursus yang dikendalikan oleh pihak2 yang tertentu.

4. Gigih: Paling penting usaha tersebut perlulah disusuli dengan kegigihan. kalau tidak sesia sahaja pelaburan yang dilakukan.


Hingga lain kali.

Sekian.

~Myzal

Wednesday, May 7, 2008

PENGENALAN

Salam,

Kebelakangan ini kita sering lihat di dada-dada akhbar dan media-media massa berkenaan potensi bidang pertanian. Sememangnya, ramai dikalangan kita yang berbakat untuk menjadi pengusaha bidang berkenaan. Contohnya, ramai dikalangan kita yang berjaya menjadi pengusaha.

Walaupun demikian, timbul sedikit kesulitan dikalangan kita dimana faktor pemasaran menjadi halangan untuk berjaya. Jika pemasaran lemah bermakna jualan juga akan berkurangan. Melihat masalah ini, saya mendapat ilham untuk mewujudkan situasi menang-menang diantara kita.

Justeru, saya bercadang, untuk menjadi wakil penjual bagi pihak penternak dimana saya akan memfokus kepada bidang jualan dan membolehkan penternak memberi fokus kepada bidang yang mereka minati iaitu menternak.

oleh yang demikian, kepada semua pihak yang berminat untuk mendapatkan bekalan kambing bolehlah menghubungi pihak saya.

sekian, terima kasih.

~M. Hasmizal